Skip to main content

Budaya Popular

You Belong With Me! Taylor Swift Berjaya Miliki Semula Hak Rakaman Enam Album Pertama

astrogempak_taylor.png

Penyanyi dan komposer, Taylor Swift meluahkan rasa gembira selepas dapat membeli semula hak rakaman asal bagi enam buah album pertamanya sekali gus menamatkan pertikaian yang telah berlarutan sejak tahun 2019.
 

Menerusi satu kenyataan, pelantun lagu Cruel Summer itu rasa bagai tidak percaya kerana berja memiliki semula hak rakaman tersebut.

“Segala muzik yang pernah saya hasilkan kini menjadi milik saya,” tulis Swift di laman rasminya.

Sengketa bermula selepas bekas pengurusnya, Scooter Braun telah membeli syarikat rakamannya sebelum ini dan memperoleh hak ke atas enam buah album Swift  iaitu  Taylor Swift, Fearless, Speak Now, Red, 1989 dan Reputation.

Untuk melindungi karyanya, Swift mengambil pendekatan luar biasa dengan merakam semula empat albumnya termasuk Reputation dan Taylor Swift dan melancarkannya semula sebagai “Taylor’s Version”.

Must-Watch Video

Advertisement