Anggota kumpulan (G)I-DLE, Yuqi mendedahkan yang berat badannya tidak lagi mudah untuk naik memandangkan selera makanannya juga semakin berkurang.
Yuqi menerusi program bual bicara bersama Daesung BIGBANG berkata, hal tersebut terjadi gara-gara dia sering diminta untuk berdiet sejak bergelar pelatih di agensi CUBE Entertainment.
Wanita berusia 25 tahun itu menjelaskan, setiap hari Sabtu (ketika bergelar pelatih), mereka perlu menimbang berat badan dan hal ini akan menyebabkan dia mengalami gangguan pencernaan.
Daesung kelihatan terkejut pada mulanya. Perkara itu mengelirukan Yuqi, memandangkan anggota (G)I-DLE Miyeon pernah berlatih di bawah YG Entertainment, dan mereka perlu menimbang setiap hari.
Dalam masa sama, Yuqi memberitahu yang semua orang akan naik berat badan ketika sambutan Chuseok.
Justeru, CUBE ENtertainment akan mencetak berat setiap pelatih sehingga senior-senior mereka iaitu Pentago, HyunA dan BTOB turut dapat melihat cetakan berkenaan.
Memandangkan mereka harus melihat cetakan itu setiap hari, hal tersebut menjadi peringatan kerana berat-berat yang dicetak itu akan terus bertambah sehingga berat badan mereka turun.
Dalam masa sama, Yuqi memberitahu yang berat badannya pernah turun sehingga 5 kilogram dalam masa tiga hari.
Selain itu, Yuqi pernah tidak menjamah apa-apa semata-mata mahu menurunkan berat badan.
Sumber: Koreaboo