Macam tak percaya bukan? Kedengaran pelik apabila dapat tahu Yusry Abdul Halim sanggup serang Lisa Surihani.
Namun itulah yang berlaku antara mereka berdua baru-baru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Tapi korang jangan risau, itu semua hanyalah lakonan semata-mata.
Ia merupakan sebahagian daripada jalan cerita yang bakal menampilkan pasangan suami isteri tersebut yang memegang watak utama sebagai Faizal dan Suzi menerusi telefilem terbaharu berjudul 6 Hari.
Apa yang menariknya karya itu berjaya dihasilkan walaupun ketika industri berdepan kekangan dalam meneruskan penggambaran ekoran pandemik Covid-19.
Berita Tempatan
Yusry 'Serang' Lisa Surihani Gara-Gara Berlian...Eh! Apa Cerita Ni?