Skip to main content

Budaya Popular

Zendaya Pertama Kali Cacah Tatu Huruf ‘T’ Bawah Ketiak, Peminat Speku Dedikasi Buat Tom Holland

astro_gempak_zendaya-cacah-tatu-pertama-dengan-huruf-t-dedikasi-buat-tom-holland.png

Penampilannya itu seolah memberi bayangan bahawa hubungan intimnya bersama aktor Tom Holland semakin hangat.

Sebuah akaun peminat menyatakan bahawa Zendaya sendiri menyukai siaran Instagram daripada Jessica McCormack iaitu tukang emas yang dilaporkan di belakang cincin tersebut pada tahun 2022 dengan cincin yang kini berada di jarinya.

Bukan itu sahaja, akaun Jessica McCormack juga mengikuti Tom Holland dan Zendaya di Instagram.

Lebih menarik, pelakon filem Dune itu turut mencacah tatu di bahagian bawah ketiaknya dengan huruf T yang dipercayai dedikasi buat nama Tom Holland.

Pada 2019, Zendaya dalam satu temu bual memaklumkan dia sangat menyukai tatu namun tidak mahu mencacahnya.

Ia masih tidak jelas bila Zendaya mendapat tatunya, tetapi nampaknya kemungkinan besar dalam beberapa minggu lepas.

Zendaya dan Holland mula menjadi tumpuan apabila dikaitkan secara romantik pada 2016 namun tidak mengesahkan hubungan mereka sehingga lima tahun kemudian.

Mereka membintangi filem Spider-Man: Homecoming pada 2017, dan Spider-Man: No Way Home yang dikeluarkan pada 2021.

Must-Watch Video

Advertisement