Gara-gara takut dimarahi selepas memecahkan pasu bunga di dalam rumah, pasangan anak kembar pelakon Datin Seri Zizie Izette bertindak menyembunyikan diri mereka di bawah timbunan tilam.
Perkara itu dikongsikan Zizie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Dua beradik ni buat projek kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok.
"Nasib tukang report (Aaric) beritahu diorang menyorok kat mana. Watak singa mommy dah keluar!," ceritanya.
Begitupun, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila, Zizie bertukar karakter dengan suara 'menyinga' kerana geram dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu.
Berita Tempatan
Zizie Izette 'Menyinga' Anak Pecahkan Pasu Bunga, Dua Beradik Menyorok Bawah Tilam Ketakutan, Aduhai, Bijaknya!