Ringkasan AI
- Penyanyi Sam Smith mendedahkan dia menjalani prosedur sedut lemak pada usia 13 tahun akibat dibuli kerana berat badan.
- Dia menjalani pembedahan di bahagian dada kerana mengalami pembesaran yang menyebabkan gangguan ketika menukar pakaian.
- Ibu bapa Smith menyokong keputusan itu kerana mereka menyaksikan penderitaannya akibat buli yang dialami.
- Walaupun prosedur sedut lemak berjaya, Smith mengakui ia tidak berkesan jangka panjang kerana tabiat makan yang sukar dikawal.
Penyanyi Sam Smith mendedahkan menjalani prosuder sedut lemak atau liposuction seawal usia 13 tahun.
Keputusan itu dibuat selepas dirinya dibuli dengan brutal oleh rakan sekolah kerana masalah berat badan, lapor DailyMail.uk.
Smith, 33, mengatakan dirinya berdepan masalah berat badan yang tidak menentu sejak remaja dan itu merupakan perkara yang paling sukar buatnya.
Menurutnya terdapat banyak sebab dia melakukan sedut lemak terutama kerana sering diusik dan dibuli.
“Saya mahu berenang tetapi tidak boleh melakukan aktiviti tersebut. Saya diganggu sewaktu menukar pakaian.
“Jadi saya mengambil keputusan melakukan sedut lemak. Saya menjalani pembedahan pada bahagian dada pada usia 13 tahun kerana dada saya ‘membesar’,” dedahnya sewaktu menjadi tetamu Podcrushed.
Menurut penyanyi Im Not the Only One itu lagi, ibu dan bapanya menyokong tindakan yang diambil kerana menjadi saksi bagaimana dirinya terseksa dengan semua perbuatan jahat yang dilakukan kepadanya.
Namun kata Smith, prosuder yang dilakukannya itu kini tidak berjaya kerana dia terlalu suka makan.
“Prosuder sedut lemak itu berjaya tapi ia juga menjadi mimpi ngeri kerana badan saya berbalut.
“Jadi saya tidak memakainya terutama sewaktu ke sekolah. Untuk mengelakkan pelajar lain tahu saya melakukan prosuder itu atau mendekati saya terutama waktu rehat, saya menjadi orang pertama yang beratur mengambil makanan.
“Makanya proses ini tidak begitu menjadi,” katanya.