Pelakon, Amir Ahnaf, dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media pada Sabtu.
Menurut Amir, dia berasa bersyukur atas kemenangan itu dan berjanji akan memberikan hasil yang lebih baik untuk naskhah seterusnya selepas ini.
Kahar: Kapla High Council diarahkan Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project: High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Malah filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital ini juga telah menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif.
Untuk info, antara saingan Amir adalah Fadhli Masoot (Kahar: Kapla High Council), Hun Haqeem (Soloz: Game of Life), Koh Teng Huat (You Are My Son) dan Vijay Ganesh (Mirugasirisham)