Skip to main content

Hiburan

Pernah Cipta Lagu Untuk Dolla, Kilafairy Berhenti Sebab…

Kilafairy

Pelakon, Kilafairy mendedahkan bahawa lagu ‘Dolla Make You Wanna’ yang dinyanyikan kumpulan pop terkenal iaitu Dolla merupakan hasil ciptaan dirinya bersama penyanyi rap, Zamaera.

Menurut Kila atau nama lengkapnya Syakila Nisa Jahangir Khan, lagu tersebut menggambarkan personaliti dirinya yang tidak begitu dikenali pada ketika itu.

Kila berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson.

Lebih menarik, anak kepada penyanyi era 90-an, Allahyarhamah Rohana Jalil ini mendedahkan bahawa lagu tersebut juga sudah siap untuk dikeluarkan dengan muzik videonya hampir dilancarkan.

“Selepas itu lagu dah siap dan dah nak buat muzik video tetapi selepas itu saya mengenakan hijab.”

“Tetapi selepas itu saya rasakan macam tak sesuai saja untuk saya menyanyikan lagu itu.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka lagu tersebut merupakan sentuhan asal Kila bersama Zamaera.

Mereka juga memuji Kila yang mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lagu tersebut selepas tampil mengenakan hijab.

“Bagusnya dia, semoga istiqamah Kila”

“Awak lepaskan lagu untuk selepas memilih mengenakan hijab dan menutup aurat, sangat hormati keputusan awak,’ - komen netizen.

Sumber: TikTok Studio Sembang 

Must-Watch Video

Advertisement