Jika anda tidak mengenali adik kepada bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik iaitu Waliyha Azad, dia kini sudah tampil berhijab di laman Instagramnya. Waliyha, 19 tahun sebelum ini pernah tampil dalam video muzik One Direction menerusi lagu Story of My Life.
Netizen turut mengecam tindakan Waliyha yang masih menunjukkan anak rambutnya walaupun telah berhijab. Mungkin atas sebab itulah Waliyha memilih untuk menutup ruangan komen di Instagramnya untuk semua pengikutnya.
Jangan terus menghukum dan mengecam, marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik buat dirinya.