Skip to main content

Market Trends

Jangan Tahu Telan Je, Ini Fakta Anda Perlu Faham Tentang Antibiotik!

anti.jpg

via GIPHY

Anda perlu memberitahu doktor jika terdapat alahan terhadap jenis ubat diambil sebelum ini. Ini kerana antibiotik juga boleh mengakibatkan kesan sampingan serius terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin.

Sekiranya terjadi ruam, bengkak atau suhu badan menaik mendadak hingga 38 darjah celsius selepas mengambil antibiotik, segeralah berjumpa doktor.

#4 MINUM AIR BANYAK


via GIPHY

Jika anda makan antibiotik maka ambil lah air secukupnya. Sesetengah antibiotik dikumuhkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing.

Oleh itu banyakkan minum air untuk memudahkan penyingkiran sisa antibiotik melalui buah pinggang.

#5 JANGAN SESEKALI MAKAN LEBIHAN ANTIBIOTIK

via GIPHY

Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan doktor!

Selalunya, jika anda tidak menghabiskan antibiotik yang dipreskrib, anda mungkin akan terdorong untuk menggunakan baki yang ada pada masa akan datang. Lebih teruk lagi jika anda bermurah hati memberikannya kepada orang lain.

Sebenarnya, antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru. Jadi janganlah pandai-pandai makan lebihan atau sedekah kepada pihak lain ya!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi tentang aspek kesihatan anda bolehlah rujuk di laman portal Myhealth.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video