Hari ini, 10 Julai 2018, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamed meraikan ulang tahunnya yang ke-93.
Menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia setelah dua kali lantikan, #TunM93 kini telah trending nombor dua di Twitter dan rata-rata netizen memberikan ucapan semoga Tun M diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.
Netizen boleh menyampaikan mesej dan ucapan mereka menerusi semua platform media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook dan sertakan hashtag #TunM93. Mana tahu ucapan dan doa baik anda akan disiarkan secara terus di Buletin AWANI 12 dan AWANI 7:45 menerusi saluran 501 Astro Awani.
Kami di Rojak Daily juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke-93 buat Perdana Menteri yang dikasihi, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kebahagian dunia akhirat untuk terus memimpin Malaysia ke arah maju jaya.